Ijtima' Pondok Se-Malaysia dan Sambutan 63 Tahun Pondok Pasir Tumboh

YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir merasmikan Ijtima' Pondok Se-Malaysia dan Sambutan 63 Tahun Pondok Pasir Tumboh bersempenakan Sambutan 27 Tahun Membangun Bersama Islam di Pondok Pasir Tumboh. Turut berucap Tuan Guru Hj Awang Yusof, Pengerusi Jabhah Pondok Kelantan dan Ustaz Hj Abdul Halim Ab Ghani, Pengerusi Jemaah Tadbir Pondok Pasir Tumboh. Turut bersama Tuan Guru Dato' Hj Wan Mohamed Wan Osman, Mudir Pondok Pasir Tumboh dan Ustaz Hj Mokhtar Senik, Pengerusi Alumni Pondok Pasir Tumboh.
Dalam ucapan Tuan Guru Hj Awang Yusuf, beliau menyeru para ulama' pondok agar bersama kerajaan negeri dengan turut menekuni isu-isu berkaitan kerajaan negeri serta bersama mempertahankan kerajaan negeri. Ustaz Dato' Bentara Kanan dalam ucapan perasmiannya menekankan agar para ulama' pondok selain berperanan menyebarluaskan ilmu melalui kitab turath, mereka turut juga membendung pelbagai aliran pemikiran yang ekstrimis khasnya yang disebarkan melalui media baru.
Ijtima' Pondok Se-Malaysia kali Ke-2 berkenaan diteruskan sehingga ke malam hari dengan ceramah perdana yang disampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan YB Dato' Hj Nasaruddin Daud.
- Copyright
- Tidak tersedia
- Photo added by
- zuriana.ukmb
- Penulis
- Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMB)
- Posted on
- 15 2017
- Dimensi
- 960*640
- Dokumen
- 7.jpg
- Ukuran dokumen
- 81 Kb
- Album
- Visits
- 992
- Downloads
- 18
- Rating score
- no rate
- Rate this photo
0 komen-komen