MySUK Logo
13715/25683
[ stop the slideshow ]

Lawatan kerja YM Pengarah ke Sekolah Menengah Ugama Mehliah Genting

17021624_1603409919688389_7233554927155647853_n.jpg Lawatan kerja YM Pengarah ke Sekolah Menengah Ugama Mehliah GentingThumbnailsLawatan kerja YM Pengarah ke Sekolah Menengah Ugama Mehliah GentingLawatan kerja YM Pengarah ke Sekolah Menengah Ugama Mehliah GentingThumbnailsLawatan kerja YM Pengarah ke Sekolah Menengah Ugama Mehliah Genting

“Terus kekalkan keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan dan terapkan disiplin yang tinggi dan tingkah laku yang baik semasa di sekolah” demikian dinyatakan oleh YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan dalam sesi pertemuan dengan pentadbir dan guru-guru SMU(A) Meheliah Geting, Tumpat pada 28 Februari 2017.

Lawatan kerja ini merupakan lawatan kerja pertama YM Pengarah pada tahun ini yang juga turut disertai oleh Timbalan-timbalan pengarah dan diurusetiakan oleh Bahagian Kenaziran Yayasan Islam Kelantan. Dalam program yang sama, YM Pengarah turut bersetuju untuk mengangkat kertas cadangan untuk menambahbaik pendawaian elektrik dan keceriaan di sekolah berkenaan.

YM Pengarah turut merakamkan ucapan tahniah diatas peningkatan keputusan peperiksaan yang telah dicapai oleh sekolah ini hasil kerjasama semua pihak dan komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh guru-guru. YM Pengarah kemudian beramah-mesra dengan guru-guru didalam sesi dialog antara sekolah dan pihak YIK dan sesi bergambar yang diadakan sejurus selepas ucapan dari YM Pengarah.

Pihak Yayasan Islam Kelantan merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah di atas persediaan dan sambutan yang diberikan oleh SMU(A) Meheliah Geting dan semoga terus maju jaya di masa akan datang.