
YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di Sambutan Hari Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2017 di PUTIK menyebut:
“Bermula 2018, insyaallah sebuah Sekolah tahfiz untuk pelajar-pelajar perempuan akan dibuka di Beta Hulu iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat. Selepas itu akan disusuli pula dengan sebuah sekolah tahfiz lagi di Tualang Tinggi, Selising Pasir Puteh.”
Penekanan kerajaan negeri kepada pembinaan manusiawi melalui sistem pendidikan Islam dan Al-Quran yang ampuh sentiasa digiatkan di negeri Serambi Mekah sejak awal mentadbir pada tahun 1990.
Sehingga kini, YIK yang mempunyai 90 buah sekolah sentiasa membuat peningkatan dari tahun ke tahun khususnya dalam aspek akademik. Pada tahun 2016, sekolah-sekolah YIK telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan pencapaian seramai 286 pelajar memperolehi 11A berbanding 131 pelajar sahaja pada tahun 2015 dalam penilaian PT3. Begitu juga peningkatan dalam peperiksaan SMU dan STAM dengan peningkatan peratus kepada 91.24% berbanding 84.73% bagi tahun 2015 ini termasuk yang mendapat mumtaz meningkat sehingga 2,358 orang jika dibandingkan sebelum ini hanya 1,640.
- Copyright
- Tidak tersedia
- Photo added by
- zuriana.ukmb
- Penulis
- Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan (UKMB)
- Posted on
- 25 2017
- Dimensi
- 960*640
- Dokumen
- 3.jpg
- Ukuran dokumen
- 45 Kb
- Album
- Visits
- 937
- Downloads
- 14
- Rating score
- no rate
- Rate this photo
0 komen-komen