Pertandingan akhir Blog sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2016

Nilam Puri - Pertandingan akhir Blog sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 2016 telah berlangsung pada 20 Syawal 1437h bersamaan 25 Julai 2016 di Dewan Besar YIK . Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Dato Haji Hanifa bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti Dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan.
Pertandingan akhir blog telah diadili oleh tiga panel juri yang profesional. Panel pertama, Encik Roslan bin Ghazali merupakan Pensyarah Limkokwing Academy Of Creativity And Innovation Kelantan manakala panel yang kedua En Mohd Redwan bin Ilias iaitu dari Unit Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan panel ketiga iaitu Ustaz Nik Hamdi Ghani merupakan Timbalan Pengarah Institut Latihan Perguruan Kelantan YIK.
Bagi Kumpulan A, Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang telah melakukan sedikit kejutan dengan mengejutkan sekolah-sekolah lain apabila telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan akhir Kumpulan A, Naib Johan pula dirangkul oleh Sekolah Maahad Muhammadi Pasir Pekan, manakala tempat ketiga disandang oleh Kolej Tahfiz Sains Kok Lanas. Sekolah Maahad Saniah berpuashati berada di tempat saguhati.
Bagi kategori Kumpulan B pula, SMU(A) Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh telah diangkat sebagai Johan, manakala SMU(A) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kg Kolam meraih Naib Johan, tempat ketiga pula disandang oleh SMU(A) Tarbiah Islamiah Chabang Empat Tumpat, manakala SMU(A) Falahiyah Sungai Sok, Kuala Krai, SMU(A) Al-Fitrah Pasir Sat dan SMU(A) Al-Falah Siram, masing-masing mendapat tempat saguhati.
Pertandingan tahunan IT sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan pada tahun 2016 mengalami sedikit perubahan dari kebiasaan kerana sebelum ini pertandingan tahunan adalah berasaskan multimedia kreatif dan animasi. Perubahan ini menyahut saranan YM Pengarah yang mahu supaya ianya tidak statik.
Pertandingan blog dibahagikan kepada 2 kumpulan , A dan B. Kumpulan untuk sekolah-sekolah Maahad dan Maahad Tahfiz manakala kumpulan B untuk sekolah-sekolah SMUA dan SABK.
Semoga pertandingan pada tahun ini dapat membuka minda para guru dan pelajar tentang media - media yang boleh digunakan untuk pembelajaran dan pendidikan.
- Copyright
- Tidak tersedia
- Posted on
- 27 2016
- Dimensi
- 640*426
- Dokumen
- IMG_2873_b.jpg
- Ukuran dokumen
- 55 Kb
- Visits
- 1192
- Downloads
- 13
- Rating score
- no rate
- Rate this photo
0 komen-komen